Pada-Mu Ku Bersujud


"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.""
Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !""Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

Tazkirah : Doa penunduk dan perisai dari mangsa fitnah/sihir




Di hari Jumaat yang mulia ni saya nak share doa yang patut kita amalkan sebagai umat Islam. Kadang2 kita tak tahu apa niat buruk orang pada kita. Orang yang kita anggap baik dengan kita pun tak semestinya dalamannya baik juga sepertimana luaran. Walaupun tak semua macam tu tapi kita sebagai orang Islam kena ada pendinding diri. Tapi jgnlah mintak dengan makhluk2 yang tak sepatutnya. Mintaklah dengan Allah...Insya allah....Allah itu sentiasa mendengar....yang penting yakin......

Doa kali ni ialah doa penunduk dan perisai daripada terkena mangsa fitnah dan sihir manusia. Boleh digunakan bagi staff  yang menghadapi orang atasan atau bos yang kadang2 tak bertimbangrasa dan garang.....boleh amalkan doa ni...Sebelum pergi mesyuarat tu boleh diamalkan sebelum masuk bilik mesyuarat...lagi bagus kalau dijadikan sebagai zikir.....Insya allah akan berjalan dengan lancar.


Maksud ayat 17

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapu Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan  untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Cara Amalan:

1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya 9x. Kalau boleh jadikan sebagai zikir.
2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti. Ayat pendek jer..mudah nak hafal...
3. Insya allah akan sentiasa akan dilindungi dan tidak memberi peluang untuk orang lain yang ada niat jahat seperti menghantar sihir dan sebagainya.

p/s : Saya sentiasa amalkan setiap kali nak pergi mesyuarat dan jumpa bos...Alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan hatipun lebih tenang...maklumlah kadang2 nak jumpa bos pun berdebar2....dan mengelakkan menjadi mangsa fitnah.....kalau orang nak jatuhkan kita dengan fitnah pun dah boleh..renung2kanlah..jgn malas untuk meminta dengan Allah......

1 comments:

Nita said...

untuk boss kafir boleh tak amalakn zikir ni

Post a Comment

get this widget here

TOL GEBU