Pada-Mu Ku Bersujud


"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.""
Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !""Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

cheese kek kukus




Bahan2:-
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan marjerin (di cairkan) @ 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (anggaran 1 cawan + 2 sudu besar..)
  • 1 sudu kecil baking powder (aku guna sudu kfc)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (di pukul)

Cara2:-
  1. campurkan serbuk coklat ,gula pasir ,susu cair dan marjerin.
  2. panaskan atas api sampai gula larut dan semua sebati (jangan sampai hangus..)
  3. sementara itu campur tepung gandum ,baking powder dan soda bikarbonat (ayakkan)
  4. tuangkan susu pekat kedalam adunan coklat yang telah sejuk sedikit tadi ,gaul rata. kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati..
  5. Akhir ,masukkan seluruh campuran coklat ke dalam tepung yang di ayak tadi. kacau hingga semuanya betul2 sebati ....


Bahan untuk lapisan cheese:-
  • 250 gram cream cheese
  • 100 gram coklat masakan putih (guna susu pekat pun takpe..)
  • 2 biji telur
  • 30 gram tepung gandum
---> cara:-
  • Cairkan coklat masakan dengan menggunakan cara double boil ..bila dah cair ,angkat dan campurkan dengan cream cheese ,telur ,tepung gandum .... kemudian pukul semuanya hingga kembang ....



Cara-cara nak buat kek :-
  1. Panaskan kukusan.
  2. sapukan loyang yg sesuai dengan sikit minyak @ marjerin (agar kek tak melekat bila masak )
  3. masukkan separuh adunan coklat ,kemudian kukus selama 15 @ 20 minit ...
  4. bila dah masak ,masukkan pula semua adunan cheese dan kukus semula sehingga 15 @ 20 minit .....
  5. Last ,bila dah masak masukkan separuh lagi adunan coklat tadi di atas lapisan cheese dan kukus lagi selama 20 @ 25 minit ...
  6. bila dah selesai ..angkat dan biarkan sejuk..barulah dipotong ....




Untuk buat coklat lembab atas kek (Topping):-
  • 250 gram coklat masakan
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar marjerin @ butter

Cara2:-
  1. masakkan coklat dengan menggunakan double boil
  2. bila dah cair masukkan susu pekat dan susu cair..
  3. akhir ,masukkan marjerin ,kacau sebati..
  4. tuangkan atas kek yg telah di sejukkan tadi ....



p/s: membuat kek atau apa2 masakan memang perlu kesabaran dan kreativiti ....tapi hasilnya kita sendiri yg merasa seronok ...
s0... selamat mencuba yer .....!

0 comments:

Post a Comment

get this widget here

TOL GEBU