Pada-Mu Ku Bersujud


"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.""
Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !""Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

DOA PENAWAR DARI MEMBUAT ZINA


Salam,

ZINA adalah diantara satu dosa besar dan merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri. Banyak kes buang bayi, jangkitan virus HIV/AIDS akibat ZINA memberi kesan yang buruk pada masyarakat kita. 

Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin haruslah berhati-hati dan sudah banyak kes HIV/AIDS direkodkan kerana dijangkiti dari suami yang selalu melanggan pelacur. Penyakit ini tidak nampak dimata sehingga individu yang dijangkiti itu terasa tahap kesihatannya merosot. Selalu demam dan tanda-tanda awal kelihatan seperti ruam dibadan. TANDA HIV.

Bagi yang belum berkahwin dan bercouple. Bila sudah terjebak dengan ZINA susah nak berhenti kerana "Ketagih Seks". Dosa dan malu bukan halangan lagi apabila nafsu sudah membuak-buak. Bila sudah mengandung mana nak sorok muka. Ada yang lari dari rumah seperti yang baru tersiar dalamMETRO BACA DISINI.  

Oleh yang demikian amalkan doa ini sebagai "Penawar" bagi mencegah ZINA. Pada isteri yang khuatir suaminya yang selalu "Outstation" elok amalkan doa ini supaya pasangan anda itu dijauhkan ZINA. Baca doa ini sebelum terlambat.

Allah SWT berfirman maksudnya: 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah Al-Israa': 32) 

DOWNLOAD MP3 DOA- KLIK SINI


Maksudnya: (Surah An Nur: ayat 33 dan 34)

33. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

34. Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

0 comments:

Post a Comment

get this widget here

TOL GEBU