Pada-Mu Ku Bersujud


"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.""
Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !""Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

DOA KESELAMATAN DALAM PERJALANAN



Salam,

Doa ini telah diamalkan oleh "admin" sejak memasuki tentera sehinggalah sekarang sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Doa ini telah diberi oleh arwah bapa "Katanya jika sesuatu berlaku, sempat mengucap dua kalimah syahadat sebelum ajal. "Jika selamat dalam kemalangan, akan tiada sebarang calar atau kecederaan pada anggota tubuh badan". Bukan kebal! tetapi di pelihara oleh Allah SWT. Wallahualam. 

Tetapi memang benar, penulis pernah mengalaminya ketika dahulu pada tahun 1992 semasa kemalangan jalanraya di Jalan Sidam Kanan. Kereta berpusing beberapa kali sebelum melanggar tiang letrik dan terus jatuh ke dalam parit yang dalam. Kereta di "Write Off" oleh pihak insurance kerana tak boleh diperbaiki lagi. Tiada calar atau patah. Alhamdulillah.!

Baca doa ini bersama doa menaiki kenderaan. Insyaallah dipelihara dan senantiasa dilindungi dengan pertolongan Allah SWT.


DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK SINI


Maksudnya:. (Surah Al-Qasas:AYAT 85) 

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah pertunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata".

0 comments:

Post a Comment

get this widget here

TOL GEBU