Pada-Mu Ku Bersujud


"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.""
Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !""Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

DOA PELEMBUT HATI ORANG ZALIM


MELEMBUTKAN HATIORANG YANG ZALIM ATAU PEMBESAR
Sekiranya kita berhadapan dengan pembesar atau individu yang suka membuat aniaya atau sewenang-wenangnya menindas dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah diamalkan amalan berikut.:
1) Berdepan dengan mereka dengan tenang
2) Ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka.
3) Adalah lebih baik ketika berdepan itu berada dalam keadaan bersih dan berwudhuk.
بسم الله الرحمن الرحيم
الله ربّنا وربكم لنا أعمالنا ولكم أعمالكم لا حجة بيننا وبينكم الله يجمع بيننا وإليه المصير (الشورى 15)
Asyuura: 15
MENGADAP ORANG GARANG DAN BERPANGKAT
Untuk mengadap orang tertentu terutama jika orang itu berpangkat atau garang maka lakukan tindakan seperti berikut :
1) Duduk dulu didalam rumah sebelum melangkah.
2) Bayangkan wajah orang yang akan ditemui itu seakan-akan berada dihadapan.
3) Baca “Bismillah tujuh” ia juga dikenali “Bismillah enam”
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله السميع البصيرالذي ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاَّق العليم الذي ليس كمثله شئ وهوالفتًّاح العليم
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم
setelah selesai membacanya hembuskan kepada wajah orang yang dibayangkan tadi
4) Melangkah menemui orang itu.

APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG PANAS BARAN
Apabila hendak berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sikap kasar seperti panas baran, maka sebelum berangkat sehinggalah menemuinya hendaklah melakukan amalan berikut :
1.Surah An-Nisa’ ayat 84 sebanyak 3 kali :
عسى الله أن يكف بأس الذسن كفروا والله أشدُّ بأسا وأشدُّ تنكيلا
. يا حفيظ يا سلام
( sumber dari karangan ust Hanif Ghazali)

Amalan Tambahan:
1. Asmaul Khusna: ” ArRazzaqu ” bermaksud yang sangat memberi rezeki
Mengekalkan berzikir dengan Asma’ di atas sehingga bersemuka dengan orang yang ditakuti atau pembesar yang mana bantuan diperlukan.
2. Membaca Basmallah sebanyak 50 X di hadapan inidvidu yang bengis
(Rujukan: Hajat untuk Rawatan, Pelindung dan Doa m.s 10 Susunan Ust Muhd Abd Ghani darul Nu’man)
3. Beramal dengan Ayat Tujuh, iaitu ayat-ayat yang terdapat dalam surah-surah berikut: (Rujukan: Hajat untuk Rawatan, Pelindung dan Doa m.s 173-177 Susunan Ust Muhd Abd Ghani Darul Nu’man)
(1) At Taubah : 51
(2) Yunus :107
(3) Hud : 6
(4) Hud : 56
(5) Al Ankabut : 60
(6) Al Faathir : 2
(7) Az Zumar : 38
4. Doa Pelembut seperti yang dinukilkan oleh Dato’ Dr Harun Din et al Doa & Rawatan Penyakit (ii) Percetakan Watan m.s 124 – 129
(1). Al Fatihah (1 X)
(2). Surah Al Hasyr : 21 – 24 (1 X)
(3). Thaahaa : 1 – 5 ( 1 X)
(4). Doa : yang bermaksud: Ya ALlah lembutkan bagi ……………hati………seperti yang Engkau telah lembutkan besi bagi Nabi Daud.
 (sila hubungi Darus Syifa’ untuk maklumat lanjut.)

0 comments:

Post a Comment

get this widget here


TOL GEBU