Doa Nabi Yunus
Assalamualaikum dan salam semua... Alhamdulillah3.. hari ini kita bangkit dari tidur dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA. Buangkanlah sikap suka memburuk2kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari hamba2mu yang menganiaya diri sendiri.

Pagi Jumaat kita sama2 mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita.
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~Nota
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.
P.S. Memang besar khasiat doa Nabi Yunus ini. Baca dan amalkanlah wahai sahabat2ku sekelian kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa. Bacalah seberapa banyak mana pun doa ini. Tiada ruginya malahan besar pahalanya dan menguntungkan diri.
Amalkan Doa Nabi Yunus a.s. Ketika Dalam Kesusahan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
"Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa bermunajat dengan doa :
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.
Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : "Tahukah kamu suara siapa itu?"
Malaikat menjawab : "Tidak ya Allah"
Allah SWT memberitahu, "Itulah suara Yunus hamba-Ku."
Malaikat mengatakan,"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan."
Allah menjawab : "Sudah tentu"
Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya."
Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya." (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da'awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)
Firman Allah SWT :
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87
Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam tempat yang sangat gelap (dalam perut ikan, di dalam laut dan pada malam hari) : 'Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim'." (Surah al-Anbiya' (21) ayat 87)
Pada ayat ini Allah SWT. mengingatkan Rasul-Nya dan kaum muslimin semuanya, kepada kisah Nabi Yunus a.s, yang pada permulaan ayat ini disebutkan dengan nama "Zun Nun".
Zun bererti "yang mempunyai", sedang An Nun berarti "ikan paus". Maka Zun An Nun bererti "Yang empunya ikan paus". Ia dinamakan demikian, kerana pada suatu ketika ia pernah dijatuhkan ke laut dan ditelan oleh seekor ikan paus. Kemudian, kerana pertolongan Allah, maka ia dapat keluar dari perut ikan tersebut dengan selamat dan dalam keadaan selamat.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat di atas dan hadis Nabi SAW doa Nabi Yunus a.s adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika kalian berada dalam keadaan kesusahan ditimpa bala atau musibah.
Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmannya yang bermaksud : "Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."(Surah al-Anbiya (21) ayat 88)
Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa samaada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.
0 comments:
Post a Comment