Tentu seorang suami akan risau menantikan saat-saat kelahiran cahaya mata yang baru. “Selamatkah isteri ku nanti?” “Selamatkah anak yang bakal dilahirkan nanti?” “Macamana rupa anak ku nanti?” Dan berbagai-bagai persoalan lagi.
Jika Suami berperasaan begitu, si isteri akan bertambah-tambah lagi perasaannya. Risau, cemas, suspen akan menjadi satu perasaan lumrah bagi ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Di sini saya sertakan amalan, doa dan petua mudah bersalin bagi ibu yang sedang mengandung dan menanti saat kelahiran:
Setiap kali mandi sedut sedikit air dari hujung rambut.
Setiap kali selepas solat, letakkan tapak tangan kanan ke atas ulu hati dan bacalahSurah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 3 kali, danayat 87 Surah Al-Anbiyaa’ 1 kali.
Maksud ayat 87 Surah Al-Anbiyaa‘:
“sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri ku sendiri”.
Selepas itu sapu turun tapak tangan itu sampai ke pusat dan berhenti seketika dan niatkan kepada Allah S.W.T supaya mudah dan selamat melahirkan anak yang soleh/solehah.
Apabila selesai permintaan itu, sapu turun tangan itu sehingga melepasi tundun faraj.
Apa yang penting adalah doa dan tawakkal. Suami isteri beramal dengan cara, doa dan petua mudah bersalin seperti yang dianjurkan diatas. Suami isteri harus berdoa banyak-banyak. Tingkatkan ibadah kepada Allah terutama ibadah khusus seperti solat dhuha, witir, hajat dan sebagainya. Yang selebihnya serahkan semuanya kepada Allah. Dia yang maha berkuasa. Semuanya yang kita ada hanyalah pinjaman dariNya. Bila-bila masa akan diambilNya hatta nyawa kita sekalipun. Pasrah dan berserahlah…
Selamat mengamalkan doa dan petua mudah bersalin ini…
0 comments:
Post a Comment